Jaminan Ustaz Haron Din

Isu perlembagaan telah melahirkan perpecahan dan maki hamun sesama Islam.

Penceramah-penceramah PAS telah memberi hujah yang kukuh berdasarkan al Quran dan As Sunnah betapa rakyat perlu menolak UMNO kerana mempertahankan perlembagaan sekular yang diambil daripada suruhanjya Reid.

Lanjutan daripada itu, maka UMNO telah menjadi sasaran hukum Kafir, Murtad dan sebagainya.

Akhbar mingguan Wasilah terbitan 17 – 23 Feb 2008 ada memuatkan wawancara pengarang dengan ustaz Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Editor: Apakah jaminan yang PAS boleh beri kepada masyarakat jika PAS memerintah[tidak akan menjadi seperti Taliban]?

Ustaz Haron Din:” ….Jika kita menang dengan simple majority, maka kita tidak akan merubah perlembagaan. Dengan kata mudah PAS akan memerintah dengan keadaan status quo yang ada, termasuk dengan undang-undang yang sedia ada.

…. kita juga mempuyai social contract yang harus kita hormati….…..Perlembagaan yang ada, adalah jaminan. ”

Setelah kita menghukum UMNO dan menghukum Kerajaan dengan pelbagai hukuman, akhirnya Timbalan Mursyid Am PAS mengakui bahawa perlembagaan yang ada adalah jaminan jika PAS memerintah.


Tinggalkan komentar