minda terbuka

Aku nak luah saja apa yg aku fikir perlu diluahkan. Aku hanya ingin meluahkan apa yang aku fikir dapat mendorong orang lain berfikir.

Aku cuba menghalang diriku dari berpihak kepada mana-mana golongan.

Aku suka mengkaji aliran pemikiran manusia. Aku dapati tok guru, tuan guru, ulama pun berfikiran berat sebelah.

Apabila seseoran tokoh menganut satu aliran, mereka akan cuba seberapa daya menolak pendapat aliran yang berbeza dengan apa yang dipeganginya.
Aku pernah dengar Ustaz Nik A Aziz menyampaikan kuliah. Aku pernah dengar ustaz Hj Ab Hadi berbicara. Aku juga pernah membaca kenyataan ustaz Haron Din sebelum dan selepas aktif di dalam PAS. Mereka adalah ulama PAS. aku dapati fikiran mereka sentiasa condong mempertahankan PAS dan menentang apa saja yang berkait dengan UMNO.

Aku akan kutip kata-kata dan ucapan mereka. Aku ingin mengkaji, kenapa mereka bersikap begitu.

Aku akan menulis lagi.

Tinggalkan komentar